













Aku mencintaimu kerna agama yang ada pada dirimu jika hilang ia maka hilanglah cintaku padamu -Imam Ghazali- ~inzar ma'an~
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti hidup.
5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandngi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding daripada serangan iblis.
10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga member kejayaan dan kemenangan.
11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “ A’uzubillahi minasysyaitanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai iringan-iringan pasukan kebatilan.
18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah mmberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahnnya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dank mu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya dia memperoleh banyak kebaikan.
25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam penyataannya dalam surah ar-Ro,m ayat 47 yang bermaksud “ dan adalah menjadi hak (tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman”.
27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataanNya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud “Allah membela orang yang beriman”.
28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataanNya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan member petunjuk dan jalan yang lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud “ Allah akan member petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus”.
30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataanNya dalam surah al-A’raf ayat 96 yang bermaksud “ sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti akan kami melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Hati berkali-kali sudah ku katakan padamu dia bukan milikmu…dia belum sah menjadi suri penemanmu..hati kuatkanlah imanmu yakinlah pada Allah akan janjiNya bahawa dia akan mentakdirkan perempuan yang baik untuk laki yang baik..usah gentar dan takut andai kau tidak dikurniakan peneman..hati sememangnya tidak dinafikan hawa adalah pelengkap bagi adam..andai dirimu bukan pelengkap baginya usah kau kecewa..
ingatlah tentang kisah laila dan qaisy, meskipun qaisy mencintai laila sehingga qaisy digelar sebagai orang gila namun ketetapan Allah telah mendahului segala-galanya bahawa laila bukan suri hidup bagi qaisy. Ingatlah tentang kisah Fatimah dan Ali dimana kedua-duanya saling mencintai dalam diam, memendam rasa.. dek kerana cinta pada Allah dan RasulNYA menjadi pilihan maka cinta antara mereka diabaikan sampai Allah memberikan jawapan..
hati yakinlah akan takdir Allah jika dia adalah jodohmu maka tidak ada yang akan bisa menghalang..hati tautkanlah cintamu padaNYA dan juga pada insan yang merinduimu iaitu Muhammad S.A.W..hati ketahuilah nikmat didunia hanya sementara..tidak akan kekal..dimahsyar kelak tidak ada yang akan peduli samamu..hatta dia yang kau cintai pun tidak akan mempedulikanmu kecuali jika kamu saling cinta mencintai kerana Allah..hati engkau ibarat kaca yang rapuh, mudah berkecai..lalu kuatkanlah ia dengan iman..bertahajjudlah dalam mencari redhanya..bacalah surat cinta dariNYA yang diutus melalui Insan yang maksum..
hati jangan biarkan cintamu kosong tanpa arah tujuan..jangan biarkan cintamu berkiblatkan dunia yang fana..jangan hulurkan cintamu buat yang tidak halal bagimu..kerna palitan dosa itu tidak akan terpadam ikatan yang sah..hati jagalah imanmu nescaya IA pasti menemukan engkau dengan orang yang menjaga imannya..
Sesungguhnya hati ini benar-benar sedang mencari cinta..tapi hati ini mengharapkan cinta yang berlandaskan syariat..cinta yang hati ini sedang mencari adalah cinta yang hakiki..mencari cinta pada Sang Pencipta cinta..mencari cinta pada Sang Pemilik cinta..muga landasan yang dicari dapat ditemui…
Ya Allah Engkaulah Sang Pemilik hati..sesungguhnya janji Engkau sentiasa benar..lalu tunaikanlah janjiMU itu padaku iaitu laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..kurniakanlah dia yang soleh buatku agar aku dapat memelihara imanku..agar bertambah cintaku padaMU..meskipun dihati ini ada insan yang bertakhta akanku buang perasaan sejauh mungkin agar cintaku padaMU tidak ada yang menghijab..Ya Allah bantulah aku dalam mujahadah ini…
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis dirasa
Menghibur nestapa
Merawat duka damai dijiwa
Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan pula kerana bercinta
Tertabur leka entah kemana
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta.. ooo..cinta..ooo..cinta
Kerana cinta
Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi
CInta ayah bonda tulus suci selamanya
Cintakan saudara masa berada hanya sementara
Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..