Search This Blog

Ichigo Kurosaki - Bleach 2

iklan produk nuffnung

Ya Allah bantulah hambaMU ini dalam brmujahadah...

MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace

iklan produk

Monday, July 19, 2010

Hikmah Menutup Aurat

Firman Allah Ta'ala "wahai nabi suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik), maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani." (Al-Ahzab:59)
Allah S.W.T itu maha adil lagi bijaksana. Pastinya setiap hukum yang diberikan pada mempunyai asabab musabab yang tersendiri. Dia tidak mungkin meletakkan sesuatu hukum untuk membebani kita sebagai hambaNYA.
Begitu juga dengan hikmah penutupan aurat. kaum hawa mempunyai daya tarikan yang amat tinggi. Pada diri mereka terletaknya seks. Mereka mempunyai kuasa yang amat hebat, biarpun tampak lemah, halus, dan tidak bermaya. Namun disebalik kelemahan mereka itu adanya kekuatan. tanpa disedari kaum hawa bisa mengubah dunia yang maju menjadi mundur, sahabat berbunuhan, keluarga dipinggirkan, yang gagah menjadi lemah.
Jika kita ingin tahu keadaan sesebuah negara pandanglah pada kaum wanitanya,jika buruk perlakuannya maka rosaklah dunia dan jika baik perlakuannya maka akan majulah negara tersebut.begitulah hebatnya penangan kaum hawa.
Islam amat menitik beratkan soal keturunan dan keluhuran sesebuah keluarga. Kerana jika baik sesebuah keluarga maka akan baiklah generasi akan datang. Apa akan jadi jika kaum wanita tidak menjaga aurat mereka? jika mereka tidak menjaga aurat mereka maka akan timbullah pelbagai masalah seperti berlakunya seks merata-rata tempat,jika berlakunya zina maka akan lahirlah anak-anak yang tidak sah tarafnya, anak-anak yang tidak layak mendapat bin atau binti. Tidak cukup dengan itu bayi-bayi yang belum sempat mengenal dicampak dalam tong sampah, dibiar menjadi gonggongan anjing dek kerana kesilapan orang tua mereka. Lalu apakah akan baik sesebuah keturunan itu jika berlakunya persundalan di merata tempat? Tentunya tidak.
Islam mensyariatkan penutupan aurat pada kaum wanita bukanlah untuk menghalang hak asasi mereka,bahkan mereka bebas melakukan apa sahaja jika bersama kaum sejenis (aktiviti harian).
Kaum lelaki tidak berhak mencampuri urusan mereka jika mereka melakukan aktiviti sesama mereka. menutup aurat juga tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk bergerak bebas. bahkan mereka juga boleh melakasanakn pekerjaan mereka dengan baik.
pensyariatannya juga adalah untuk menaikkan maratabat seseorang wanita yang dahulunya sangat hina dimata lelaki pada zaman jahiliah dahulu kala. dahulunya mereka dilakukan sesuka hati oleh kaum lelaki tanpa adanya pembelaan.Tetapi apabila datangnya islam hidup mereka berubah. martabat mereka diangkat tinggi. islam menyuruh wanita menjaga auratnya supaya maruah mereka terpelihara, diri mereka lebih terjaga dan dipandang mulia. Ingatlah segala bentuk kecantikan dan kelembutan yang dikurniakan oleh allah bukanlah untuk dipamerkan pada kaum lelaki yang halal bagi kita tetapi ianya adalah untuk seseorang yag dijanjikan Allah sebagai peneman hidup yang terbaik buat kita. Peliahralah aurat supaya maruah diri terpelihara. apabila terpeliharanya maruah diri maka secara tidak langsung akan terpeliharalah maruah agama..dan ingatlah akan Firman Nya yang berbunyi "laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik,dan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk laki-laki yang baik".
sekian, Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...