Search This Blog

Ichigo Kurosaki - Bleach 2

iklan produk nuffnung

Ya Allah bantulah hambaMU ini dalam brmujahadah...

MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace

iklan produk

Saturday, April 9, 2011

KISAH HATI



Hati berkali-kali sudah ku katakan padamu dia bukan milikmu…dia belum sah menjadi suri penemanmu..hati kuatkanlah imanmu yakinlah pada Allah akan janjiNya bahawa dia akan mentakdirkan perempuan yang baik untuk laki yang baik..usah gentar dan takut andai kau tidak dikurniakan peneman..hati sememangnya tidak dinafikan hawa adalah pelengkap bagi adam..andai dirimu bukan pelengkap baginya usah kau kecewa..

ingatlah tentang kisah laila dan qaisy, meskipun qaisy mencintai laila sehingga qaisy digelar sebagai orang gila namun ketetapan Allah telah mendahului segala-galanya bahawa laila bukan suri hidup bagi qaisy. Ingatlah tentang kisah Fatimah dan Ali dimana kedua-duanya saling mencintai dalam diam, memendam rasa.. dek kerana cinta pada Allah dan RasulNYA menjadi pilihan maka cinta antara mereka diabaikan sampai Allah memberikan jawapan..

hati yakinlah akan takdir Allah jika dia adalah jodohmu maka tidak ada yang akan bisa menghalang..hati tautkanlah cintamu padaNYA dan juga pada insan yang merinduimu iaitu Muhammad S.A.W..hati ketahuilah nikmat didunia hanya sementara..tidak akan kekal..dimahsyar kelak tidak ada yang akan peduli samamu..hatta dia yang kau cintai pun tidak akan mempedulikanmu kecuali jika kamu saling cinta mencintai kerana Allah..hati engkau ibarat kaca yang rapuh, mudah berkecai..lalu kuatkanlah ia dengan iman..bertahajjudlah dalam mencari redhanya..bacalah surat cinta dariNYA yang diutus melalui Insan yang maksum..

hati jangan biarkan cintamu kosong tanpa arah tujuan..jangan biarkan cintamu berkiblatkan dunia yang fana..jangan hulurkan cintamu buat yang tidak halal bagimu..kerna palitan dosa itu tidak akan terpadam ikatan yang sah..hati jagalah imanmu nescaya IA pasti menemukan engkau dengan orang yang menjaga imannya..

Sesungguhnya hati ini benar-benar sedang mencari cinta..tapi hati ini mengharapkan cinta yang berlandaskan syariat..cinta yang hati ini sedang mencari adalah cinta yang hakiki..mencari cinta pada Sang Pencipta cinta..mencari cinta pada Sang Pemilik cinta..muga landasan yang dicari dapat ditemui…

Ya Allah Engkaulah Sang Pemilik hati..sesungguhnya janji Engkau sentiasa benar..lalu tunaikanlah janjiMU itu padaku iaitu laki-laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik..kurniakanlah dia yang soleh buatku agar aku dapat memelihara imanku..agar bertambah cintaku padaMU..meskipun dihati ini ada insan yang bertakhta akanku buang perasaan sejauh mungkin agar cintaku padaMU tidak ada yang menghijab..Ya Allah bantulah aku dalam mujahadah ini…

Cinta itu cahaya sanubari

Kurniaan tuhan fitrah insani

Dan dimana terciptanya cinta disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta

Tetapi memberi sepenuh rela

Rasa bahagia biarpun sengsara

Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta

Yang pahit manis dirasa

Menghibur nestapa

Merawat duka damai dijiwa

Terpadam api benci permusuhan

Terjalinlah kasih sayang

Begitulah cinta yang diidamkan

Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta

Tertabur leka entah kemana

Dan jangan pula kerana bercinta

Tergadai semua maruah agama

Cinta.. ooo..cinta..ooo..cinta

Kerana cinta

Cinta yang sejati hanya cintakan ilahi

CInta ayah bonda tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara

Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..



No comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...