Search This Blog

Ichigo Kurosaki - Bleach 2

iklan produk nuffnung

Ya Allah bantulah hambaMU ini dalam brmujahadah...

MySpace MySpace MySpace MySpace MySpace

iklan produk

Wednesday, November 10, 2010

sedikit cerita dari diri yang lemah lagi kerdil dihadapan Rabbnya



Sebenarnya ana sendiri tak taw menulis apa untuk entri kali ni. Sebetulnya ana ni bukannya pandai menulis tapi entah mengapa terasa ingin mencuba.
Hidup ini penuh dengan cabaran biasalah nama pun hidup. Setiap orang ada ujian masing2.
Sejenak diri ini terfikir mengapa hidup ini dipagari dengan pelbagai ujian??
kenapa kebahagiaan itu tidak tercipta sepanjang masa?? kenapa mesti ada kesedihan kenapa mesti kebahagian akan bersilih ganti dengan kesedihan..
Agak lama diri ini termenung mencari sebuah jawapan..akhirnya hamba yang lemah ini ketemu jua jawapannya

sepertimana adanya siang dan malam, sepertimana adanya mendung dan cerah seperti itu jualah kebahagiaan dan kesedihan.



Soalan demi soalan terus menerjah dalam fikiran kenapa perlu ada syurga dan neraka?? kenapa tak syurga sahaja yang Allah cipta..

teringat akan kata-kata dari seorang ustaz yang ana baca waktu online fb tempoh hari..
beliau mengatakan kalaulah neraka itu tidak ada mungkin dia tidak akan menjadi seorang ustaz..buat apa susah2 buat kebaikan akhirnya masuk syurga jugak lebih baik dia pergi merogol orang,lebih baik dia pergi merompak. ~kalau neraka itu tak ada buat nak tubuhkan polis diraja malaysia~ ( yang ini kata2 ana sendiri tak ada kaitan dengan ustaz itu)..wajarkah seorang perogol bertemu dengan mangsa yang dirogol disyurga dan boleh mengucapkan hai atau hello pada mangsa..sudah tentu mangsa tersebut akan merasa tidak puas hati..


kalau difikir2kan baik ada betulnya kata2 ustaz itu..Begitulah kebijaksanaan Allah menciptakan
segala sesuatu yang pasti ada asbab musabab..

firman Allah S.W.T dalam surah al-mu'minun ayat 115 dan 116
" Apakah kamu mengira Kami menciptakan kamu secara main2 dan kamu tidak akan dikembalikan kepada kami. Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenar; tidak ada tuhan selain Dia, tuhan (Yang mempunyai) Arsy' yang tinggi"

Huhu macam ustazah la pulak..tapi apa2 pun kita still pegang title hamba pada Rabbuljalil..
Pergilah kemana2 hatta kehujung pelusuk dunia sekalipun kita tetap takkan dapat menghindarkan diri darinya..


"kata2 cinta terucap indah mengalir berzikir di kidung doaku
sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
butir2 cinta airmataku teringat semua yang kau beri untukku
ampunilah khilaf dan salah selama ini ya ilahi
muhasabah cintaku"

ana pernah mendengar kata2 ini
buat sahabat2 yang sedang membaca blog yang tak seberapa ni
renung2kanlah kata2 ini

"neraka dipagari dengan seribu macam nikmat tetapi didalamnya ada pelbagai
keperitan yang kekal sedangkan syurga dipagari dengan seribu bala tetapi didalamnya
ada pelbagai nikmat yang kekal abadi"

sahabat sememangnya mencari redha Allah itu amat payah kesulitan demi kesulitan yang akan kita tempuhi..tetapi ingatlah bahasawanya didalam syurga tidak akan ada lagi kesulitan semuanya hanyalah nikmat dan kesenangan yang nyata dan kekal abadi..
sedangkan mencari redha selain daripada Allah ya'ni iblis maka apa yang kita hanyalah kerugian yang amat besar..nyatanya semua orang tahu bahawa iblis musuh yang nyata tetapi mengapa iblis yang dijadikan sahabat..

"Allah itu pelindung bagi orang yang beriman ; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang2 kafir, pelindung2nya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal didalamnya"

ayuhla sahabat2 sekalian renungkan2lah ayat ini..Allah kah pelindung kita atau syaitankah yang menjadi sahabat karib kita..

peringatan ini bukan sahaja buat sahabat tapi buat diri ana sendiri..
sama2lah kite bermuhasabah diri..sejauh manakah keakraban kite dengan Allah..



lagu ney ana tujukan khas untuk sahabat2 smap bentong pahang...percayalah ana amat2 sayang dan rindukan antum semua jazakumullah khairan jaza buat kalian..tak lupe jugak buat sahabat2 unisza kalian jugak sahabat yang ana sayang
ukhuwah yang terjalin antara ana dan sahabat2 semua insyaAllah ukhwah fillah abadan abada....



Tuesday, November 9, 2010

kubiar kalam berbicara
menghurai maksudnya dijiwa
agar mudahku mengerti
segala yang terjadi
sudah suratan ilahi
kubiarkan pena menulis
meluahkan hasrat dihati
moga terubat segala
keresahann dijiwa
tak pernah ku ingini
aku telahpun sedaya
tak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku
kasih yang lama terjalin
berderai bagaikan kaca

OH TEMAN MAAFKANLAH DIRIKU

oh tuhan tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkan jika ku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang dibina
keakhirnya......
aku tidakkan terdaya
menahan hibanya rasa
kau pergi meninggalkan diriku
redhalah apa terjadi
usahlah dikau kesali
mungkin ada rahmat yang
tersembunyi.......

ukhwah itu sangat indah
jika ia terjalin kerana Allah
sahabat sejati ialah apabila kamu memandangnya
bertambah-tambah cintamu pada Allah
apabila kamu berbicara dengannya
mengingatkan kamu pada Allah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...